Kritik Dr Khalif Muammar Kepada Pengikut al-Bani

 

Dr. Khalif Muammar A. Harris, Seorang Profesor  dalam bidang Syariah dan Pemikiran  Center for Adfance Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) UTM Malaysia, memberikanpencerahan keada kita agar tidak bertaashub dan menjadikan al-Bani sebagai otoritas dalam persoalan ilmu hadits, sebab menurut murid  Ilmuwan Muslim Dunia Prof Sayyid Muhammad Naquib al-Attas ini, bahwa dalam bidang hadits, masih banyak ulama-ulama yang berotoritas tinggi semisal Imam al-Bukhori, Imam Muslim, Imam Tirmidzi dll, yang mana mereka diakui oleh dunia Islam.

Berikut ini penjelasan Dr. Khalif Muammar dalam Fp pribadi beliau:

“Jangan taassub kepada al-Albani.”

Sebenarnya dalam ilmu hadith kita memiliki ramai ilmuwan hadith dari dahulu sampai sekarang. Nama-nama besar seperti al-Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Nasa’i, al-Iraqi, Ibn Hajar, al-Nawawi dan banyak lagi. Jika dibandingkan dengan kepakaran dan keilmuan mereka, al-Albani bukanlah siapa-siapa. Namun anehnya pada hari ini autoriti mereka ini bergantung kepada ‘autoriti al-Albani’ kerana sesuatu hadith yang mereka nyatakan sahih tidak semestinya sahih sehinggalah al-Albani yang mengatakannya sahih.

Autoriti seseorang dalam bidang tertentu tidak ditentukan oleh diri sendiri atau kelompok sendiri. Kewibawaan seseorang dalam sesuatu bidang mestilah diakui oleh orang yang lebih berautoriti. Inilah konsep Ijazah dan sanad yang telah diperkenalkan dalam tradisi Islam. Seseorang itu dianggap telah mencapai tahap yang tinggi, boleh dirujuk, setelah gurunya, orang yang telah diakui kewibawaannya, mengakui keupayaan muridnya ini. Sheikh al-Albani tidak mendapatkan ijazah dan sanad ini. Beliau hanyalah pengkaji hadith yang duduk di maktabah.

Sebenarnya ramai lagi ulama’ hadith yang lebih berwibawa daridapa al-Albani, di Mekah, Maghribi, di bumi Mesir dan Sham, tetapi mereka tidak melakukan apa yang dilakukan oleh al-Albani kerana mereka menghormati karya-karya ulama’ hadith terdahulu, para huffaz, dan tidak meletakkan diri mereka sebagai penentu kesahihan hadith-hadith yang telah dinyatakan sahih oleh para pendahulu yang lebih berautoriti. Mungkin al-Albani telah melakukan banyak takhrij, tetapi pentakhrijan yang banyak itu tidak melambangkan autoriti khususnya apabila telah banyak terbukti bahawa beliau banyak melakukan kesilapan.

Yang  terkenal  tidak semestinya yang berautoriti. Orang yang banyak menulis dalam sesuatu bidang tidak semestinya orang yang paling berwibawa dalam bidang yang ditulis. Tuhan pun tidak melihat kepada kuantiti amal ibadah kita tetapi kepada kualiti. Demikian juga dalam bidang keilmuan. Ramainya pengikut dan populariti seseorang bukan ukuran keilmuan (ulama’), dalam Islam yang menentukan keilmuan seseorang bukan masyarakat umum. Amanah pengiktirafan keilmuwan seseorang diletakkan dibahu para ulama’ besar. ketika amanah diletakkan bukan pada tempatnya maka banyaklah kerosakan bermunculan.

Jangan taassub, hormati para ulama’ yang benar-benar berautoriti. Jauhi ulama’-ulama’ palsu yang semakin banyak bermunculan di zaman ledakan maklumat ini.

https://web.facebook.com/drkhalif/?hc_ref=ARRmW4l0KJ8pb_bnglT7dJulWaCig-D_knrzik5YY255KoXn_VrsIpyOAXUh7MzCiHI&fref=nf

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *