ILMU TASAWUF

*Tasawuf*: ialah mengeluarkan diri daripada akhlak yang buruk dan masuk dalam setiap akhlak-akhlak yang baik.

Apabila setiap hamba menghiaskan dirinya dengan sebaik-baik akhlak seperti yang dilakarkan dalam sunnah an-nabawiyah, serta menjauhkan dirinya dari akhlak lawannya daripada sifat-sifat mazmunah, maka inilah dinamakan sebagai seorang sufi.

Maka sesungguhnya tasawuf adalah runtunan daripada akhlak yang murni. Sesiapa yang menambah baik (mengajar) kamu tentang akhlak, maka mereka telah menambah (mengajarkan) kamu tentang tasawuf.

Di dalam sebuah hadits:

*أَثْقَلُ مَايُوْ ضَعُ فِي مِيْزَانِ ٱلْعَبْدِ يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ حُسْنُ ٱلْخُلُقِ*

Artinya: _”Amalan yang paling berat sekali yang akan ditimbang pada hari kiamat kelak adalah akhlak mulia.”_ [ Riwayat Imam Abu Daud (4799) dan Imam at-Tirmidzi (2003) daripada hadits Sayyidina Abu ad-Darda’ ]

Dalam riwayat lain:

*إِنَّ ٱلْمُؤْمِنَ لَيُدْ رِكَ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ ٱلصَّائِمِ ٱلْقَائِمِ*

Artinya: _”Sesungguhnya seorang Mukmin dengan akhlaknya yang baik, akan mencapai derajat orang yang berpuasa di siang hari dan shalat di tengah malam.”_ [ Riwayat Imam Abu Daud (4798) daripada hadits ummul mu’minin Sayyidah ‘Aisyah ]

Al-Imam Al-Ghazali _rahimahullah_ telah menggariskan 10 sifat-sifat yang terpuji, iaitu:

1) Taubat

2) Khauf (Takut)

3) Zuhud

4) Sabar

5) Syukur

6) Ikhlas

7) Tawakal

8) Mahabbah (Kasih
Sayang)

9) Ridha

10) Dzikrul Maut
(Mengingat Mati)

*ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﺎﻟﺼَّﻮَاﺏِ*
.
[ _Hidayah At-Tholibin Fi Bayan Muhimmat Ad-Din_ lil Al-‘Allamah Al-Muhaqqiq Ad-Da’illallah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smith ]

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *